04 July 2012



Apabila kamu merasakan dirimu berseorangan dalam perjuangan ini,
Apabila kamu merasakan hanya kamu seorang sahaja yang bekerja,
Apabila kamu merasakan terhimpit dan tersepit dek kerana tiada yang membantu,
Apabila kamu merasakan sesak nafas kerana letihnya berkejar ke sana sini,

Sedarlah, ketahuilah, bangunlah dari lenamu,
Bahawa hubunganmu dengan Rabbul Jalil semakin jauh,
Bahawa disismu adanya Allah yang berkuasa mengatur segala-galanya,
Bahawa disismu ada yang bersedia mendengar luahan hatimu tentang lelahnya kamu,
Bahawa kamu tidak berseorangan disini,
Bahawa doa kami sentiasa bersamamu.

Abu Abdul Rahman
4 Julai 2012
Pekan, Pahang

Posted on Wednesday, July 04, 2012 by Zul Rasyied

No comments

19 May 2012

Posted on Saturday, May 19, 2012 by Zul Rasyied

No comments

Dalam kekalutan,
Kadang-kadang rasa rindu tak tertahan,
Terubat jiwa dalam tatapan,
Ya Allah perasaan apakah ini...

"Ya Allah, jadikan hambaMu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku"
(Riwayat Muslim)

Posted on Saturday, May 19, 2012 by Zul Rasyied

No comments

15 May 2012

Menegakkan agama Allah pasti akan menempuh kesusahan. Dihina, diejek, dimaki itu perkara biasa. Bukan menegakkan agamaNya jika tidak melalui jalan kedukaan. Itu jalan yang pasti. Pasti dan mesti dilalui oleh semua yang menggelar diri pejuang menegakkan agama Allah.

Berjuang tidak boleh bersendirian; tidak boleh berseorangan. Jika berseorangan bimbang dibaham serigala yang menggila.

Hidup seorang pejuang, jadualnya tidak sama dengan manusia kebanyakan. Ada ketikanya hilang kawan jika tidak ditangani dengan baik. Itu antara mehnahnya. Jiwa pejuang ada naik turunnya. Ada pasang surutnya. Tidak selamanya bersemangat. Tidak selamanya betul. Ketika tidak bersemangat dan salah itulah perlunya sahabat seperjuangan. Buat mendamaikan jiwa yang resah. Ketika tidak bersemangat dan salah itulah perlunya alim ulama', murabbi-murabbi, buat meluruskan kembali jalan yang membengkok.

Namun tidak selamanya mereka mampu membantu. Tidak selamanya mereka disisi. Kerana mereka manusia. Tetapi Allah sentiasa akan membantu. Dia sentiasa berada disisi setiap pejuang agamaNya.

Berjuang bukan kerana manusia, tetapi kerana Allah.

Posted on Tuesday, May 15, 2012 by Zul Rasyied

No comments


Cinta sahabat kepada sahabatnya itu indah. Mendahulukan sahabatnya dalam banyak perkara antara tingkatan tertinggi cinta.

Seorang ibu tidak pernah meletakkan syarat kepada anaknya ketika dia berjaga malam demi menghalau nyamuk dari menggigit anak-anaknya. Itu cinta seorang ibu.

Jangan pula cinta disalah tafsir sehingga yang halal menjadi haram, yang haram menjadi halal. Itu cinta yang mennyakitkan.

Cinta itu menyembuhkan, bukan melukakan. Allah menurunkan rasa cinta untuk hambanya agar mereka merasai indahnya Cinta Allah. Indahnya jika bercinta kerana Allah.

Ayah, ibu, guru-guruku, sahabat-sahabatku;

Aku Cintakan Kamu Kerana Allah.

Posted on Tuesday, May 15, 2012 by Zul Rasyied

No comments

Kita bukanlah orang yang memulakan perjuangan, tetapi kita adalah penerus perjuangan menegakkan agama Allah. Berlapang dada, berjiwa besar; itu sifat yang mesti disemai dalam jiwa pejuang. Agar kemudian hari sentiasa bersangka baik dengan Allah dan hamba-hambanya.

Posted on Tuesday, May 15, 2012 by Zul Rasyied

No comments

09 May 2012

Posted on Wednesday, May 09, 2012 by Zul Rasyied

No comments

29 March 2012

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para PEMUDA, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku para PEMUDI, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH...

Posted on Thursday, March 29, 2012 by Zul Rasyied

No comments

28 March 2012


Agama ini ibarat seperti sebuah kebun bunga,
Iman sebagai tanahnya,
Islam adalah kebunnya,
Ihsan pula pagarnya.

Jika tiada tanah, dimana ingin dibina kebunnya.
Jika tiada kebunnya tiadalah bermanfaat tanahnya.
Jika tiada pagarnya maka banyaklah binatang pemusnah datang merosakkan kebun.

Posted on Wednesday, March 28, 2012 by Zul Rasyied

No comments

10 February 2012





Mintaklah ampun dari Allah walaupun dosa kita setinggi gunung kinabalu,

sepanjang banjaran titiwangsa sekalipun,

Allah tu Maha Pengampun,

Dia sangat sayang pada kita,

mintaklah ampun dari Dia,

mesti Dia ampun,

mesti Dia terima,

setiap saat, setiap masa, setiap ketika,

Dia tunggu kita minta ampun,

Marilah sama-sama kita minta ampun dengan Dia,

Percaya dan yakinlah dengan Allah,

Rabbighfirli Ya Allah.

Posted on Friday, February 10, 2012 by Zul Rasyied

No comments