09 June 2009

Mentari senyum lebar tanda kekuasaan kembali bertakhta. Setelah sekian lama mebenarkan sang purnama bersuka-ria memadu rindu dengan sang pungguk. Sang helang berterbangan di ufuk timur, gagah, berani, bebas... terbang tinggi tanpa dinding membataskan, tanpa siling yang menghalang...

Hawa,
Andai engkau masih remaja..jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu..andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu..didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah...

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu...ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati...maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa..lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya..lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya..kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya..

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya...Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan...

Hawa,
Bukan kutewas dengan ribut angin alam yang kencang. Kuibaratkan diriku helang gagah perkasa di awanan. Namun andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat.... ah, belum lagi patah, ku tidak mampu menongkah ribut modenisasi dan globalisasi mengikut haluanku....

Hawa,
Andainya hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan. Kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan. Namun tatkala egoku menjadi egoisme, maka di situ aku perlukan coretan. Terbang di langit tanpa batasan, sering kuterbabas ke angkasa larangan. Kuharapkan teguran dan kritikan serta pesanan berpanjangan, agar kutetap terbang di awanan, tapi tafakurku sejenak di pohonan...

Hawa,
Seandainya kuperlukan mata ketiga yang sentiasa mengintropeksi... maka begitulah jua dirimu yang tak kurang alpanya. Dunia kini, tiada hiburan tanpa kaummu yang menghiburkan. Modenisme kini, tiada hiasan tanpa susuk dirimu yang menggiurkan. Ah, memang kaumku mudah mempercayai pada mata. Tapi siapakah yang telah hilang perasaan malu sanggup menjadikan dirinya sebagai hidangan enak buat mata, tapi racun pada jiwa?? Seandainya benar kaummu pemalu, mengapa tidak dibalut tubuhnya dengan helaian sutera yang indah, yang telah diharamkan untukku menyarungnya? Seandainya malu itu lebih pada kaummu, mengapakah tidak ramai kaumku yang kelihatan memakai pakaian menampakkan ketulan badan seperti yang dipakai oleh kaummu di khalayak banyak....?

Hawa,
Terkadang, tak kurang dikalanganmu yang amat tinggi malunya. Indah etikanya di khayalak. Sutera kausarung menghijap keindahan susukmu dari mata keranjang kaumku. Tatkala itu, kamu bangga dengan sifat itu. Namun di wajahmu terhijab, hatimu bertelanjang tanpa mahmudah... Kamu merendahkan orang lain, di hadapan orang lain. Kamu tidak akan puas seandainya perihal orang lain tidak kamu bicarakan..... Ah, apakah mengumpat dan menfitnah orang satu santapan yang sedap? Bagaikan memakan daging saudara sendiri, namun sering dibayangi dengan bahasa indah, sekadar menjadi iktibar diri... walhal hati kecilmu tidak kan puas seandainya aib orang tidak dibicarakan..... kalau tidak kerana tubuh, kerana lidah pun hancur masyarakatku...

Hawa,
ku datang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam di kaki... bukan juga merungkai paruh berbisa yang menyambar.... Tapi supaya direnung bersama. Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri. Aku akur dengan nasihat dan peringatanmu, di kala itu akurlah dengan peringatanku padamu....

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu...biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu..cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah..Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi redha Allah..Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..

janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggocang iman lelaki, kerana...

kerana kau adalah ibu yang mengandung dan melahirkan...
kerana dalam ribaanmu aku dibesarkan...
kerana kau adalah teman hidup tempat emosiku berbicara...
kerana kau adalah taman nafsuku yang bergelora...
kerana kau adalah aset masyarakat yang mengundang ujian...
kerana kau adalah ibarat hiasan bak intan berlian...

kau bukanlah fitnah, sebagaimana yang kaummu silap memahami bicara Rasul agung..namun fitnah yang dimengertikan oleh Rasul adalah aset yang amat bernilai, ibarat harta yang mengundang ujian pada hati dan ujian antara hati...

Ubatilah dirimu...
agar kudapat terbang menguasai angkasa dan alam..
dengan kedua-dua sayapku...
agar aku bukan sahaja dapat menongkah ribut...
bahkan sayapku berkibar, mencipta ribut...




Posted on Tuesday, June 09, 2009 by Zul Rasyied

No comments

dikala ini jam menunjukkan jam 11.53 malam..selang beberapa minit shj lagi pelari terpantas di dunia ini bakal berlari sepantas kilat meninggalkanku yg dalam keadaan terpinga2 ini..
tidak tahu apa yg ingin dilakukan apalagi setelah banyak perkara yg telah berlaku dalam tempoh ini..

sudah teramat lama tidak saya update blog ini...bukan tak nak update ttp masa yg ada bagaikan teramat sedikit untuk saya habiskan di hadapan laptop ini..mungkin itu hanyalah alasan seorg yg malas seperti saya ini bak kata org tua2 "nak seribu daya tak nak seribu dalih"...pernah juga saya dengar kata2 dari siapa saya pun tak ingat..lebih kurang begini katanya "org yang mengatakan dirinya amat sibuk dan tiada masa sebenarnya dialah yg paling banyak masanya manakala org yang mengatakan dia ada banyak masa sebenarnya dialah yang paling sibuk"...mungkin benar mungkin tak kata-katanya itu...semuanya bergantung pada pendapat masing-masing..tetapi bagi saya setelah diperhalusi sebaik mungkin..kata-kata tersebut ada benarnya...

beban yg bakal digalas tidak lama lagi..ehh..bukan tidak lama lagi..bahkan ianya telahpun bermula sekarang...terasa bagaikan sebuah gunung yg mana bagaikan hanya saya seorg shj yg mengangkatnya...Ya Allah terasa berat ujian yg ditimpakanMu ke atas ku...aku hanyalah insan yang teramat lemah..tiada terdaya aku menekan keypad laptop ini tanpa izinMu..bagaimana pula aku dapat menjalankan amanahMu yang ternyata ianya lebih berat..hinggakan gunung pun berpaling dari menerima amanahMu ini...apatah lagi aku yang kerdil ini...seorng manusia yg diberikan kasyaf olehMu, al-Ghazali pernah bertanya pada murid-muridnya "Apakah yang paling berat di dunia ini?" murid-muridnya menjawab persoalan yang diutarakan oleh guru mereka itu dengan berbagai-bagai jawapan..namun Imam al-Ghazali menjawab "semua itu sememangnya berat tetapi yang lebih berat dari itu adalah amanah"..jadi bagaimana pula aku ingin menyangkal kata-kata seorg yang telah Engkau kasihi ia..oleh itu aku pohon padaMu, bantulah aku ini dengan apa yang Engkau rasakan baik bagiku..jauhkanlah aku dari segala yang engakau rasakan tidak elok bagiku..sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik wakil..

p/s : insyaAllah akan saya update blog ini dari semasa ke semasa...

Posted on Tuesday, June 09, 2009 by Zul Rasyied

No comments