Alhamdulillah 5.11.11, konvoi saya bersama teman-teman sekampus pulang ke kampung untuk menghayati erti pengorbanan bersama keluarga dan hari ini, 11.11.11, saya bersama sahabat-sahabat yang sama telah selamat sampai ke kampus bumi bertuah Universiti Malaysia Pahang. Empat buah kereta telah bersama-sama mengharungi hujan badai pada hari semalam, DAK ****, JCG ****, DBM ****, dan DBE ****. Semuanya tetap utuh dan bergaya di jalan raya walaupun hujan lebat menerpa, alhamdulillah.

Walaupun perjalanan yang sangat jauh dan amat memenatkan, dengan "R&R" yang banyak, potong-memotong antara satu sama lain bagi mengelakkan mengantuk, dan bermacam-macam ragam dalam perjalanan yang telah kami temui, namun keadaan tersebut membuatkan kami terasa kemanisan ukhwah yang terbina.

Syukur semuanya selamat sampai. Sekarang tiba masanya untuk kembali meneruskan perjuangan di bumi pemukiman ilmu ini setelah seminggu bercuti menaikkan lemak dan kolestrol dalam badan.

Ayuh teman-teman!!!

p/s: Lepas ni kena jogging. Tapi...entahla...